Siapa je yang tak tahu apa itu kek batik, kan? Rugilah kalau tak reti buat kek batik! Cara buatnya senang. Bahan-bahan pun murah je harga! Jom kita belajar buat kek batik!
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik ialah:
1. 25 Keping biskut Marie (Apa-apa jenama sahaja)
2. 3/4 susu tin pekat manis.
3. 5 sudu besar Milo.
4. 1 sudu besar serbuk koko
5. 200 gram buttercup.
6. Loyang 4 segi (saiz 7-8)
7. Plastik pembungkus nasi.
Cara-cara membuat kek batik:
1) Mula-mula, panaskan kuali yang hendak diguna untuk mencairkan 200 gram buttercup dengan keadaan api yang perlahan. Kemudian, masukkan 3/4 susu pekat. Kacau adunan hingga rata.
2) Seterusnya, masukkan 5 sudu besar yang berisi milo dan 1 sudu besar serbuk koko. Setelah kedua-dua bahan dimasukkan, kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat.
3) Tutup api dengan berhati-hati. Masa yang disarankan untuk mengacau adunan ialah 5 minit sahaja. Setelah adunan rata, patahkan biskut Marie menjadi kecil dan gaul rata dengan adunan tadi.
4) Masukan lapisan pertama ke dalam loyang dan kemaskan di seluruh ruang dan tekan sedikit demi sedikit. Ulang langkah yang sama untuk lapisan yang seterusnya. Tekan lapisan tersebut supaya kemas.
5) Dh siap tekan, tambah topping kesukaan anda seperti Nuttela, Oreo atau cream cheese.
6) Tutup adunan tadi dan simpan dalam peti sejuk semalaman dan siap!
7) Dah sejuk, potong kek tadi kecil-kecil dan sedia dihidang!
Video Tutorial Membuat Kek Batik.







